keluargaku

16 Mei 2009

membongkar rahsia al-quran

Siri Mari Bongkar Rahsia Al-Quran
“Between TWO RIVERS”
Surah: Ar-Rahman
Ayat: 19-25

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
He has made the two seas to flow freely (so that) they meet together:

[20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Between them is a barrier which they cannot pass.


[21] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Which then of the bounties of your Lord will you deny?

[22] Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan.

There come forth from them pearls, both large and small.

[23] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Which then of the bounties of your Lord will you deny?

[24] Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
And His are the ships reared aloft in the sea like mountains.

[25] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Which then of the bounties of your Lord will you deny

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Above Shown Photos are of the two rivers flowing in southern part near Cape Town , South Africa .
These rivers flow together and there nature came to know in the starting of 20th century where as ALLAH (SWT) mentioned the nature of these two rivers in Holy Quran around 1400years Back.
These two river flow together and finally settle down in the Ocean, taste of one river is extreamly sweet whereas the taste of another river is extreamly opposite (that is bitter) but they never mix. There is nothing in between these rivers which stops them from mixing togther but its is the will & order of ALLAH (SWT).

SubhanAllah!

Telah terbukti dengan jelas, satu persatu kebesaran Allah & kebenaran agama ini. Dan beruntunglah bagi orang2 yang mahu berfikir.. sumber dari webnisa.

14 Mei 2009



Gambar ini dirakam semasa DS. Nizar hadir dalam Majlis Peanugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYYM Sultan Perak di Istana Iskandariah pagi kelmarin. Hadirin agak terkejut semasa diumumkan kehadiran YAB. MB Perak tiba-tiba, DS. Nizar dan Isteri memasuki Balai Rong Seri. Gambar ini jelas menjawab tohmahan selama ini hubungan DS. Nizar dengan istana kononnya tidak baik

13 Mei 2009

penangguhan perisytiharan nizar sebagai mb, APAKAH MAKSUDNYA

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Seri ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mengekalkan pendiriannya bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah, kerana penangguhan perisytiharan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai MB tidak terjejas. Sambil menyatakan bahawa penangguhan itu lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan, Nizar berkata secara logiknya beliau masih Menteri Besar.
Pada satu sidang akhbar, Dato'Dr Zambry Abd Kadir memperakukan dirinya sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.
Nizar memberitahu sidang media bahawa,walaupun ditangguhkan perisytiharan itu, kerajaan Pakatan Rakyat tetap kerajaan yang sah.
Nizar berkata, ia hanya penangguhan perisytiharan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, yang mengesahkan bahawa beliau adalah MB yang sah, yang secara langsung membawa pengertian bahawa Zambry adalah MB yang tidak sah.
Malahan penangguhan persiytiharan juga bukan bererti ia telah mengesahkan Zambry sebagai MB yang sah, atau tiada siapa yang selayaknya menjadi MB, maka pilihan yang ada hanyalah beliau sebagai MB yang sah./wann _

daulat tuanku

selepas bisikan ini, ds ir nizar menyuruh pr duduk dan dengar sehinggalah selesai raja dr. nazrin bertitah. apa agaknya yang dibisikkan tu.. aaaa,,

peristiwa 13/05 dari perspektif baru


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat Malaysia, jam 11.30 pagi.
Menurut laman web Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa dan beberapa blog yang lain, intipati amanat Mneteri Besar Kelantan itu ialah mengenai peristiwa 13 Mei dari perspektif baru termasuk kegagalan Umno yang menerajui negara sehingga tercetusnya peristiwa hitam itu.
Difahamkan Pejabat Menteri Besar Kelantan turut menjemput semua wakil media dan media online termasuk bloggers untuk mendengar amanat penting itu di Dewan Teratai, Kompleks SUK Kota Darul Naim.
Di dalam sidang media penting ini, Tuan Guru Nik Aziz, yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama hampir 19 tahun dijangka akan mengumumkan suatu penawarannya kepada rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.
Sidang media tersebut juga akan disiarkan secara live menerusi www.kelantan.tv
Sementara itu menurut laporan agensi berita Nik Aziz mahu kerajaan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu hari bersejarah yang diingati setiap tahun supaya tragedi hitam berhubung isu perkauman itu tidak berulang.
Katanya peristiwa yang berlaku 39 tahun lalu itu perlu dijadikan iktibar oleh generasi akan datang untuk mengelakkan peristiwa yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Sambutan bagi mengingati Peristiwa 13 Mei bukannya berasaskan agenda tertentu sebaliknya sebagai peringatan atau pedoman kepada masyarakat untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya kepada pemberita semalam
Nik Aziz berkata rakyat sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah hitam itu dengan meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengulangi peristiwa sedemikian.
"Jangan sesekali bangkitkan masalah bangsa kerana keadaan ini akan menyebabkan timbul perasaan cemburu kaum lain sehingga menyebabkan orang Melayu dihina," katanya.
Sehubungan itu, Nik Aziz mengajak masyarakat negara memilih sistem Islam sebagai cara hidup iaitu titik perpaduan yang dianjurkan Nabi Muhammad S.A.W. yang bukan sahaja boleh diamalkan orang Melayu tetapi juga kaum lain. - azm _

12 Mei 2009

dun perak

mamamat pera





























Setelah saya meneliti dan menghayati peristiwa di DUN Perak melalui rakaman video Malaysia Kini dan TV Pas, juga mendengar berkali-kali rentetan peristiwa oleh MB Nizar, sahlah bahawa Sidang DUN Perak belum lagi bersidang. Walaupun saya bukan hakim yang berhak untuk membuat keputusan sah atau tidak sahnya persidangan ini, sebagai rakyat biasa saya bernaluri bahawa MB DPulaulah punca segala honar dan nanah di DUN Perak. Kedegilan MB DPulaulah yang menyebabkan Tuanku Raja Muda menunggu lebih lima jam.
Speaker Sivakumar telah menyatakan dengan jelas bahawa 10 ADUN yang digantung mesti keluar daripada dewan bagi membolehkan Sidang DUN dimulakan. MB DPulau serta enam exco dan tiga lompat enggan dan degil dengan arahan speaker. Bentara juga tidak mahu mendengar arahan speaker. Sekiranya mereka keluar, Sidang DUN boleh dimulakan dan Tuanku Raja Muda boleh segera bertitah ucapan. Tuanku tidak perlu menunggu lebih lima jam di Kamar Diraja. Untuk makluman, Mahkamah Persekutuan hanya mengistiharkan bahawa penggantungan mereka dibatalkan tetapi mahkamah yang sama juga telah menolak untuk mengistiharkan bahawa keputusan speaker ini menyalahi undang-undang. Bermakna tindakan dan keputusan Speaker tidak membenarkan 10 ADUN ini keluar adalah tidak menyalahi undang-undang. Speaker masih berkuasa penuh.
Speaker juga telah menyatakan bahawa usul untuk memecatnya telah ditolak di dalam kamarnya sehari sebelum Dewan DUN bersidang. Speaker menolak dengan alasan bahawa usul itu diusul dan disokong oleh ADUN yang sedang digantung kehadirannya. Oleh kerana ADUN berkenaan sedang digantung, maka usulnya tertolak secara otomatik. Ngapeler tengin bebenor UMNO ni? Ngape usul itu tidak diusul dan disokong oleh ADUN UMNO yang bukan exco? Sekurang-kurangnye peningler juge Speaker mencari alasan untuk menolak usul camtu .. mangkuk!
Dalam riuh rendah dewan, Timbalan Speaker Hee merampas kuasa Speakernya. Hee tidak mengikuti aturcara majlis. Aturcara majlis sepatutnya dimulakan dengan titah ucapan pembukaan Sidang DUN oleh Tuanku Raja Muda. Tetapi Hee 'membuka' Sidang DUN dengan menerima usul memecat Speaker Sivakumar dan melantik Speaker baru. Kemudian diikuti dengan majlis pakai jubah dan angkat sumpah Speaker baru. Tindakan Hee ini telah menyebabkan Tuanku Raja Muda terpaksa menunggu lebih lama lagi. Tindakan ini secara langsung telah menggambarkan bahawa UMNO telah menghina Tuanku Raja Muda yang sedang menunggu di Kamar Diraja. Kamar Diraja bersebelahan dengan Dewan Sidang. Ce kome pikio, derhake ker idak UMNO ni pade Tuanku Raja Muda?
Tuanku Raja Muda terus dihina apabila Speaker baru menangguhkan sidang selama satu jam. Selepas satu jam Speaker baru telah menerima dan meluluskan pula usul membatalkan Sidang DUN bawah pokok. Teman gelak yeop. Dulu deme kata sidang ni tak sah. Kalo udah tak sah, buat peronjang aper ade usul batalkan keputusan Sidang DUN itu? Deme tak sedorker yang deme udah dengan sendirinye mengesahkan Sidang DUN bawah pokok itu sah sesah-sahnye. Tapi yang peliknya kalo sidang itu sah, ngape yang digantung itu ade bersame. Patutnya deme duduk di luor dulu dan baru masuk ke dewan setelah usul pembatalan itu diluluskan oleh Speaker baru. Memang mangkuk!
Selepas itu tangguh lagi sejam. Tuanku Raja Muda terus menunggu. Rupa-rupanya pada waktu ini Speaker Sivakumar dikeluarkan secara paksa daripada kerusi speakernya. Speaker Sivakumar memaklumkan bahawa beliau dikurung dan dikunci di dalam sebuah bilik seperti stor sehinggalah selesai titah ucapan diraja.
Saya berpendapat bahawa Tuanku Raja Muda hanya menyampaikan Titah Ucapan Perdana DiRaja sahaja. Tuanku Raja Muda tidak merasmikan pembukaan Sidang DUN Perak kerana Speaker Sivakumar belum lagi memulakan sidang. Tuanku Raja Muda hanya menyampaikan amanat serta harapan agar ekonomi dan kesihatan rakyat Perak dapat dipertingkatkan. Baginda tidak langsung menyentuh tentang politik Perak. Satu Malaysia dan Satu Dunia menjadi saksi bahawa Sidang DUN Perak sebenarnya belum lagi bersidang.
Jikalau DUN Perak belum bersidang, apa akan jadi dengan 20 ADUN UMNO dan satu ADUN MCA itu? Setiap ADUN mesti menghadiri Sidang DUN walaupun cuma lima minit dalam tempoh enam bulan. Tempoh enam bulan untuk 21 ADUN itu tinggal beberapa hari lagi. 13 Mei 2009 adalah tarikh akhir untuk mereka hadir sidang. Sekiranya dewan tidak bersidang sehingga tarikh tersebut, Speaker Sivakumar boleh mengistiharkan bahawa jawatan mereka sebagai ADUN telah gugur dengan sendirinya. Mampuih yeop. Tetapi sape yang nak ikut cakap Speaker Sivakumar ?

05 Mei 2009

perak-munajat perdana

ydppasputrajaya

DARI TUAN HAJI MOHAMAD SABU

(Pengerusi Badan Mobilisasi Demokrasi PAS)

MUNAJAT PERDANA

Mohon Pihak Berkuasa BUBAR DUN & Keamanan Negeri Perak

Jam : 5.00 pagi

Tarikh : 07 Mei 2009 (Khamis)

Tempat : Masjid Al-Ittihadiyah
Kg Tg Husin Baru Manjoi, Ipoh Perak

Berpakaian Hitam (One Black Malaysia)

Bukan Islam Juga Dijemput Hadir Sebagai Tanda Sokongan

Panduan Jalan !

Dari Higway exit
1. Simpang Pulai - Jalan Kuala Kangsar - Ikut manjoi - Kg Tg Husin
2. Ipoh Utara - Jalan Kuala Kangsar - Melalui Taman Kledang - Kg Tg Husin
3. Jelapang - Jalan Silibin - Bilion @ Jalan Kilat - Kg Tg Husin

02 Mei 2009

Islam Dan Amalan Islam

teladan.....dppkd

Syukur kita ke hadrat Allah SWT, segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat-sahabatnya serta pengikut-pengikutnya sepanjang zaman hingga ke akhir zaman

Pada siri ini saya ingin membincangkan sedikit menganai persoalan amalan Islam yang semakin ramai meninggalkannya.

Sebagaimana yang telah sama-sama kita fahami tentang ilmu-ilmu yang bermanafaat dan seumpamanya, eloklah kita lihat sedikit mengenai kelebihan-kelebihannya dari sudut yang lain pula.

Di antara kelebihan-kelebihan orang-orang yang berilmu adalah :-

1. Amalnya diterima oleh Allah SWT. Orang jahil yang beramal tidak diterima amalannya, kerana ilmu itu imam bagi amal dan amal mengikut ilmu.
2. Menjadi kekasih Allah. 3. Menjadi pewaris nabi-nabi.
4. Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
5. Menghampiri darjat nabi-nabi kerana nabi-nabi adalah orang-orang yang berilmu.
6. Disihatkan tubuh badan oleh Allah.
7. Dimudahkan rezekinya oleh Allah (mendapat rezeki dengan tidak perlu bekerja, dan mendapat rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangka-sangka).
8. Dipanjangkan umur oleh Allah.
9. Mendapat 500 darjat.
10. Diberi izin oleh Allah untuk memberi syafaat pada Hari Qiamat.

Permasalahan umat Islam pada hari ini semakin membimbangkan kita. Ini bagi orang-orang yang mengambil berat tentang perkembangan Islam terutamanya di alaf-alaf muta'akhir ini. Yang tak ambil peduli tetap macam biasa juga, tiada apa-apa perubahan. Yang penting bagi mereka-mereka ini; asalkan aku senang sudahlah, buat apa susah-susah nak ambil tahu hal orang lain.

Kita kena juga bagi peringatan kepada mereka yang sebegini bahawa mereka tidak termasuk ke dalam golongan umat Baginda saw, bagi sesiapa yang tidak mengasihi saudara-saudara Islamnya yang lain seperti tidak mengambil tahu tentang mereka, tidak membantu orang-orang yang memerlukan bantuan, dan sebagainya. Ini bertepatan dengan hadis Baginda saw yang bermaksud: "Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudara-saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri."

Persoalan yang dapat kita timbulkan ialah mengapa pada hari ini umat Islam memandang mudah tentang Islam dan tidak mahu lagi beramal dengan amalan-amalan?

Pertama, mengapa kita begitu mengambil mudah dengan Islam? Satu sebabnya ialah kita memperolehi Islam dengan cara yang terlalu mudah dan tidak menempuh kesusahan sedikit pun, iaitu hanya melalui keturunan (melalui kedua ibu bapa kita yang Islam). Ibu bapa kita Islam, maka secara automatik kita tergolong sebagai orang Islam sejak kita dilahirkan. Kalau tidak sudah tentu kita juga tidak berpeluang untuk memperolehi nikmat Islam.

Kita tidak menempuh kepayahan dan kesusahan sepertimana orang-orang dahulu memperolehi Islam, iaitu melalui peperangan dan pertumpahan darah. Mereka bersusah-payah untuk memperolehi nikmat Islam, jadi mereka menghargai Islam yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. Maka jadilah kita sebagai Islam baka (keturunan) semata-mata, tidak tahu tentang Islam.

Jangan-jangan makna Islam pun kita tidak tahu. Sepatutnya, kita telah mendalami Islam lebih dari orang-orang lain. Kita tidak belajar dan mengkaji Islam secara ilmiah dan bersungguh-sungguh. Kita belajar pun secara sambil lewa, sebagai sampingan sahaja menyebabkan kita jahil tentang segala perkara dalam agama kita sendiri.

Secara kasarnya, kita boleh bahagikan Islam kepada 3 iaitu Islam baka, Islam sangka-sangka dan Islam belaka. Islam yang sempurna yang perlu ada pada diri kita adalah Islam belaka, iaitu segala-galanya adalah Islam; tidak bercampur baur dengan unsur-unsur Yahudi dan kekafiran.

Kalau setakat Islam baka, tidak ada apa-apa pada diri kita. Begitu juga dengan Islam sangka-sangka, iaitu kita menyangka bahawa kita telah pun Islam tetapi pada hakikatnya kita belum lagi Islam atau pun kita telah pun terkeluar dari Islam dengan kita tidak menyedarinya.

Kedua, mengapa kita tidak lagi beramal atau mahu beramal dengan amalan-amalan Islam? Apakah kita dapat menerima secara rasional dan masuk akal bahawa kita orang Islam dan mengaku sebagai orang Islam tetapi tidak mahu mengambil dan mengikuti jalan yang telah ditunjukkan oleh Islam?

Kita boleh katakan sebegini, kita telah bersetuju untuk menjadi ahli satu pertubuhan dengan membayar wang keahlian dan sebagainya, tetapi kita tidak mahu terikat dan mengikut undang-undang yang terdapat dalam pertubuhan tersebut. Apakah kita layak untuk digelar sebagai ahli pertubuhan tersebut?

Begitu jugalah kita dengan Islam. Apakah kita layak untuk terus menjadi orang Islam dengan tidak mengamalkan amalan-amalan Islam? Malah mengambil amalan-amalan selain Islam sebagai gantinya? Kita bukan sahaja tidak mahu beramal dengan amalan-amalan Islam, malah mengambil pula amalan-amalan bukan Islam. Kita menganggap bahawa Islam ini tidak sempurna, tidak sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman hidup. Seolah-olahnya kita mencabar Allah SWT: "Islam ni tak bagus, yang bagus adalah yang lain dari Islam".

Kita lupa dengan satu ayat Al-Quran, dalam surah Al-Maidah yang bermaksud:
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, telah Aku cukupkan rezekiKu untuk kamu dan Aku redha Islam sebagai agama bagi kamu."

Tidak ada kekurangan pada Islam, yang kurangnya adalah kita yang serba kekurangan tetapi merasa diri serba lengkap. Agama dipandang tidak ada harga dan nilai dalam kehidupan. Agama hanya dilihat dari satu sudut sahaja iaitu agama adalah untuk beribadat semata-mata tanpa ada kaitannya dengan aktiviti kehidupan di dunia ini.

Kalaulah benar kita tidak memerlukan agama dalam kehidupan kita, tidak perlulah Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad saw ke dunia ini. Ini ada kaitannya dengan kesan peninggalan penjajah yang pernah menjajah negara kita suatu ketika dahulu. Kejayaan penjajah yang paling berjaya adalah penjajahan akidah, penjajahan pemikiran, penjajahan sistem pemerintahan dan bukannya penjajahan negara.

Negara kita telah merdeka sejak 50 tahun yang lalu, tetapi kita belum lagi berjaya untuk memerdekakan sistem pemerintahan penjajah. Mereka tidak akan meninggalkan negara kita tanpa meninggalkan sesuatu yang mesti diwarisi oleh masyarakat di Malaysia ini, terutamanya orang-orang Islam.

Ramai di antara kita yang tidak merasakan agama adalah perlu dalam kehidupan dan ramai yang sudah tidak beramal dengan amalan-amalan Islam. Islam hanya tinggal nama sahaja, tidak lebih dari itu.

Mungkin sudah sampai masanya Islam itu akan kembali kepada asalnya. Baginda saw menyatakan bahawa Islam itu pada asalnya adalah dagang, dan ia akan kembali dagang seperti asalnya. Yakni, pada zaman mula-mula Islam dahulu orang pelik tengok orang bersembahyang, mengikut sunnah Nabi saw dan sebagainya. Dan ia akan kembali dagang semula seperti dahulu.

Pada hari ini ianya sudah menampakkan kebenarannya. Orang benci dan pelik melihat orang berjubah, memakai serban, memakai tudung labuh dan sebagainya lagi. Yang tak pelik kalau melihat orang tidak menutup aurat, memakai pakaian anjuran Yahudi.

Kalau silap hari bulan, kita pun termasuk sama dengan orang-orang yang benci mengenainya, na'uzubillah. Kalau ada yang beramal dengan Islam pun tidak dengan sepenuhnya. Mana yang kita rasakan sesuai dengan nafsu kita, kita ambil dan mana yang tidak bersesuaian dengan nafsu kita, kita tinggalkan. Seolah-olah Islam ini kita yang punya.

Kononnya juga, kita ingin hidup sederhana. Inilah yang salah. Sederhana hingga akhirnya kita akan meninggalkan terus amalan-amalan Islam dan mengambil amalan-amalan lain terutamanya amalan-amalan Yahudi dan Nasara sebagai ikutan. Bila ada orang atau pihak lain yang berusaha untuk menegakkan kebenaran hukum Islam dan beramal dengan amalan-amalan Islam, mereka akan dikatakan sebagai 'pelampau', 'ekstrim', 'keterlaluan' dan pelbagai tuduhan dan tohmahan, label yang sebenarnya datang dari orang-orang Yahudi dan Nasara yang tidak mahu melihat Islam yang sebenar itu muncul kembali bersinar di bumi Allah SWT ini. Kalau setakat Islam yang palsu dan secara 'sederhana' tidak menjadi masalah.

Saya berpendapat, satu lagi sebab mengapa kita semakin menjauhi amalan Islam ialah kerana pengaruh Yahudi dan Nasara telah menguasai kehidupan kita. Orang orang Yahudi dan Nasara memandang bahawa dunia dan alam ini berkuasa memberikan kesenangan dan kesusahan kepada mereka, dan mereka telah pun berjaya menanamkan 'aqidah' yang sama terhadap orang-orang Islam.

Misalnya, kita selalu kata: "Kalau tak ada kerja susahlah, macam mana nak hidup. Kalau nak hidup senang, carilah orang yang berada. Harta kekayaan yang aku dapat ini adalah hasil dari usaha keras aku", dan sebagainya. Semuanya itu boleh membawa kepada keruntuhan aqidah kepada Allah SWT. Seolah-olah Allah SWT sudah tidak ada. Seolah-olah Allah hanya wujud untuk tempoh waktu yang tertentu, atau Allah tidak bersifat dengan sifat-sifat yang wajib bagiNya sepertimana yang terkandung dalam sifat 20, dan sebagainya lagi.

Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak redha dengan kita selagi kita tidak mengambil jejak-jejak langkah mereka sebagai ikutan kita. Sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang biawak sekali pun kita akan ikut. Perkara ini sudah pun berlaku. Cuma sama ada kita menyedarinya atau pun tidak sahaja.

Kepungan Yahudi telah pun melitupi kehidupan kita. Kita memandang apa sahaja yang datang dari mereka adalah baik, yang mana datang dari Islam itu perlu berhati-hati. Tidak secara terus mengatakan tidak baik sedangkan akhirnya kita akan kata tidak baik juga.

Sebagai contohnya, rumah orang Islam manakah yang belum lagi dimasuki 'panggung wayang' (TV, Video, dan sebagainya)? Walau pun kita tidak menonton wayang di luar, tetapi kita menonton wayang di rumah-rumah kita. Sama sahaja, cuma suasananya sahaja yang sedikit berbeza. Peranan pangung-panggung wayang ini amat besar dalam merosakkan akidah umat Islam dan menjauhkah umat Islam dari agamanya sendiri.

Penyanyi, pelakon dan penghibur-penghibur adalah merupakan tukang-tukang azan syaitan, yang mana ramai di antara kita yang menyahut panggilan tersebut. Dengannya menyebabkan kita tidak menyahut tukang-tukang azan Allah (muadzin) untuk menunaikan sembahyang berjemaah di masjid dan surau (ramai yang tidak mempedulikan bila azan dilaungkan).
Kita tidak berzikir untuk mengingati Allah dengan membaca Al-Quran dan sebagainya, kita tidak keluar untuk menuntut ilmu yang difardhukan kepada kita kerana terpedaya dengan cerita-cerita dan hiburan yang menarik di panggung wayang kita, dan seumpamanya. TV telah menjadi rutin hidup tetap dalam hidup kebanyakan umat Islam sekarang. Rasanya kalau tidak menonton TV tidak lengkap hidup kita. Ada kekurangan pula rasanya.

Tetapi, kalau tidak membaca walau sebaris ayat Al-Quran sekalipun tiada apa-apa. Begitu juga dengan riba. Kita seolah-olah tidak dapat hidup jika tidak melibatkan diri dengan riba. Berapa ramai umat Islam hari ini yang tidak terlibat dengan riba? Kalau pun mereka tidak terlibat dengan riba, debu-debu riba tetap melekat di badan mereka. Itulah antara salah satu dari tanda-tanda akhir zaman yang disebutkan oleh Baginda saw.

Kita tidak boleh mengambil Islam menurut nafsu kita. Mana-mana perkara yang dirasakan sesuai kita ambil, dan mana-mana yang dirasakan menyusahkan, tidak mendatangkan keuntungan dan tidak sesuai dengan nafsu kita kita tolak dan tinggalkan.

Kita tidak mengambil Islam sebagaimana yang Allah suruh dan kehendaki. Nafsu memang sentiasa mendorong kita agar melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan apa yang Allah kehendaki. Nafsu ini begitu engkar dengan Allah pada mula-mula ia diciptakan dahulu. Setelah Allah menyiksa nafsu ini selama 1,000 tahun di dalam neraka, barulah ia mahu mengaku bahawa ia adalah hamba Allah dan Allah adalah Tuhan.

Yang mesti kita lakukan ialah kita hendaklah menyesuaikan nafsu kita supaya ia menurut kehendak-kehendak Islam. Allah SWT menyeru agar manusia itu masuk Islam itu secara keseluruhannya, bukan sekerat-sekerat seperti mana yang berlaku hari ini.

Pada hari ini juga Rasulullah saw dan sahabat-sahabat Baginda saw hanya sekadar tinggal nama sahaja. Segala sunnah-sunnah yang Baginda saw dan para sahabat tinggalkan untuk kita ikuti dan amalkan sudah tidak dipedulikan. Malah ramai yang sudah membencinya dan menganjurkan pula supaya orang lain turut membencinya.

Mereka bercakap menentang Islam secara terang-terangan, tetapi yang peliknya tidak ada orang yang berani bersuara menentang mereka ini kerana mereka memegang tampuk kekuasaan. Ramai yang tidak sanggup menanggung risiko termasuk kalangan-kalangan orang-orang alim dan berilmu.

Ulama yang ramai pada hari adalah dari kalangan ulama-ulama ayam daging, tunduk dan takut kepada ugutan pemerintah dan tidak sedikit pun takut dengan ugutan dan ancaman Allah ke atas mereka. Kita selalu berkata bahawa kita ingin mengikut Baginda saw, tetapi pada lahirnya tidak ada apa pun yang yang kita bersetuju dengan Baginda saw.

Pada hari ini, orang sudah berani dan biadab sekali dalam menentang sunnah Baginda saw. Mulut-mulut mereka begitu manis melaungkan kalimah-kalimah Islam, tetapi hati mereka lebih ganas dari serigala.

Apa yang dirasakan perlu adalah wang, pangkat, kesenangan hidup di dunia ini dan sebagainya.
Salah satu daripadanya adalah tentang pembacaan Al-Quran. Ada orang yang boleh khatamkan membaca 2 atau 3 surat khabar sehari, tetapi belum tentu dia dapat membaca satu ayat suci Al-Quran. Al-Quran tidak menjadi agenda dalam kehidupan. Yang menjadi agenda kehidupan kebanyakan daripada kita adalah TV dan radio yang melalaikan kita dari mengingati Allah.

Penyanyi, pelakon dan penghibur itu adalah tukang azan syaitan yang dengannya menyebabkan kita lalai untuk menyahut tukang azan Allah (muadzin).

Al-Quran itu akan menjadi salah satu dari dua perkara bagi kita di Hari Akhirat kelak. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis Nabi saw yang bermaksud: "Al-Quran akan menjadi hujah bagi engkau atau atas engkau." Bagi engkau bermaksud Al-Quran akan menjadi pembela bagi engkau, dan atas engkau bermaksud Al-Quran akan menjadi pendakwa atas engkau. Hujah dari Al-Quran adalah hujah yang putus yang tidak ada keraguan tentang keputusan yang diberikan. Hitam kata Al-Quran, maka hitamlah jadinya. Juga, Al-Quran akan menjadi pembela dan cahaya yang akan menerangi rumah kita di dalam kubur nanti.

Rumah yang tidak terdapat bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di dalamnya adalah diibaratkan seperti kubur yang sunyi sepi (pada zahirnya sahaja, sedangkan pada hakikatnya tidak diketahui akan nikmat atau pun azab yang terdapat di dalamnya; salah satu dari taman-taman Syurga atau satu lubang dari lubang-lubang api Neraka).

Membaca Al-Quran memperolehi pahala yang cukup banyak, tetapi ramai yang sudah mengabaikannya. Ramai yang menjadikannya sebagai perhiasan semata-mata. Membaca Al-Quran di dalam dan di luar sembahyang merupakan penerang hati dan menghidupkan rohani, yang dengannya kita akan memperolehi sakinah (ketenangan).

Ia menjadi penghibur bagi kita dan kita tidak memerlukan hiburan-hiburan yang lain lagi. Al-Quran itu sendiri merupakan penghibur bagi orang-orang yang beriman. Tetapi, umat Islam hari ini tidak berminat, tidak tahu lagi membaca Al-Quran.

Ini adalah bertepatan dengan hadis Baginda saw bahawa nanti Al-Quran hanya tinggal tulisannya sahaja, tidak dibaca lagi isi kandungannya apatah lagi untuk difahami maksud-maksud yang terkandung di dalamnya, apatah lagi untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman hidup.

Sehingga akhirnya Al-Quran mengadu kepada Allah bahawa tidak ada orang yang mahu membacanya lagi. Pada ketika itu Al-Quran akan dinaikkan oleh Allah ke tempat asalnya semula. Jadi, kita patutlah berusaha untuk menjadikan pembacaan Al-Quran itu sebagai rutin dalam kehidupan kita agar zaman yang telah digambarkan oleh Baginda saw itu masih jauh lagi dari zaman kita ini.

Satu huruf Al-Quran yang dibaca akan diberikan ganjaran 1 hasanah (kebaikan), di mana setiap hasanah itu akan diberikan paling kurang 10 pahala kebajikan, walau pun kita tidak tahu maknanya.

Kalau kita tahu makna setiap huruf dan ayat yang dibaca, tentulah lebih besar lagi pahalanya. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa istiqamah di dalam pembacaan dan pengamalan Al-Quran. Huruf bismillah yang dibaca akan mendapat 190 kebajikan kerana ia mengandungi 19 huruf.

Begitu juga, Nabi saw menyatakan bahawa Baginda tidak membaca 'alif', 'lam' dan 'mim' itu sebagai 3 huruf, tetapi sebagai setiap huruf-huruf yang berasingan. Bererti, sudah mendapat 30 kebajikan. Apatah lagi kalau kita terus menerus membaca Al-Quran, mengetahui maknanya pula, menghafalnya dan seterusnya.

Orang yang menghafal Al-Quran jasadnya tidak akan hancur di dalam kubur. Paling kurang kita hendaklah membaca 40 ayat sehari semalam. Itu dikira sebagai sehabis malas. Kalau langsung tidak baca itu adalah orang-orang yang malas lagi pemalas.

Pembacaan Al-Quran juga dapat menjadi kayu pengukur ketaatan kita kepada Allah. Orang yang membaca 100 ayat ke atas adalah orang-orang yang sudah dikira taatkan Allah, lebih dari 10 dan kurang dari 100 ayat adalah orang-orang yang takutkan Allah dan kurang dari 10 ayat adalah dari kalangan mereka yang lemah imannya, atau pun dikhuatiri telah hilang imannya.
Sebenarnya, kita tidak boleh mengambil Islam menurut logik akal kita, tetapi hendaklah menurut kemahuan Allah SWT kerana akal kita amat terbatas. Kalau nak fikir agama dengan akal tentulah kita tidak terdaya untuk memikirkannya.

Ada perkara-perkara yang akal boleh sampai, dan ada perkara-perkara yang akal tidak sampai untuk memikirkannya. Kata Sayyidini Ali r.a., "Kalau nak fikir agama menurut akal tentulah orang yang memakai khuf (seperti kasut) itu disapu pada tapaknya sewaktu hendak mengambil wuduk kerana pada logik akal tapaknyalah yang patut disapu dengan air. Tetapi, Allah SWT memerintahkan agar disapu pada bahagian atas khuf tersebut, bukan pada bahagian bawah."
Yang penting adalah kita menurut perintah dan kemahuan Allah SWT. Allah SWT memandang ketaatan kita itu sebagai kepatuhan dan ketaqwaan kita kepadaNya.

Allah lebih mengetahui mengenai mana yang baik dan mana yang buruk untuk hamba-hambaNya. Allah tidak akan menyuruh kita melakukan sesuatu perkara melainkan di sana ada kebaikannya, begitu juga Allah tidak akan melarang kita melakukan sesuatu melainkan di sana ada keburukannya.

Kita selalu menyebut tentang 'puji-pujian hanyalah untuk Tuhan Pentadbir Sekian Alam', tapi tahukah kita berapa banyak alam yang ada? Sekurang-kurangnya terdapat 10,000 alam. Yang kita tahu hanya empat, lima alam sahaja. Itu pun Allah SWT yang beritahu.

Selainnya, kita tidak tahu. Itu pun bukan main lagak lagi kita mengatakan kita tahu itu, tahu ini dan sebagainya. Kita juga memandai-mandai mengatakan itu baik, ini tidak baik dan sebagainya. Kita tidak ada hak sedikit pun untuk berbuat begitu.

Allah SWT telah memaklumkan kepada kita mengenainya di dalam kitabNya, Al-Quranul Karim dan sunnah RasulNya, Nabi Muhammad saw. Tanggungjawab kita adalah untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalamnya. Allah SWT amat kasih kepada hamba-hambaNya.

Sebagai contohnya, Allah SWT tidak mengambil apa-apa keuntungan dan faedah hasil dari ketaatan hamba-hambaNya mengerjakan suruhan dan laranganNya, malah keuntungan dan faedah tersebut kembali kepada hamba-hambaNya. Ini tentulah berlawanan dengan suruhan dan larangan yang terkandung di dalam undang-undang ciptaan manusia yang sentiasa akan mengambil faedah dan keuntungan dari hukuman yang dilaksanakan dengan mengenakan denda dan sebagainya.

Agama itu adalah nasihat. Islam adalah agama yang sangat mengambil berat perihal nasihat menasihati di antara sesama kita orang-orang muslim.

Ini adalah kerana kita sering kali lalai dan leka tentang dunia dan segala perhiasaannya ini yang sentiasa menggoda kita agar tidak mengingati Allah SWT. Jadi, berdasarkan kepada kebenaran ini maka eloklah kita sentiasa mengamalkan nasihat menasihati ini agar kesalahan kita dan saudara-saudara kita yang lain dapat kita perbetulkan.

Oleh kerana itu juga, saya amat mengalu-alukan sekiranya terdapat sebarang kesalahan dalam penyampaian saya selama ini agar diperbetulkan. Saudara dan saudari semuanya lebih tahu dari saya mengenai agama ini, saya cuma berusaha menyampaikan apa yang saya tahu sekadar kemampuan saya. Bukannya bererti saya lebih tahu daripada saudara dan saudari semua.

Insya Allah, kalau kita ikhlas dalam penyampaian, penyebaran dan penasihatan agama, ia akan diberkati Allah. Pegangan kita mestilah berpaksikan kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Insya Allah kita tidak akan tersesat buat selama-lamanya.

Kalau tidak ada sebarang reaksi atau teguran dapatlah saya buat beberapa telahan mengenainya. Pertamanya, pembacanya tidak berminat untuk membuat teguran. Kedua, memang tidak ada kesalahan maksud yang hendak disampaikan. Ketiga, mungkin banyak sangat kesalahan hingga dirasakan tidak perlu membuat teguran, dan sebagainya. Yang ketiga inilah yang saya khuatiri berlaku.

01 Mei 2009

wasiat kedua imam hasan al-bana

Baca al-Quran, jangan buang masa, wasiat ke-2 al-Banna
Fahri Abdullah al-Masri Sat Jan 17, 09 11:34:03 pm MYT

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.
[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.
Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.
Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.
Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.

24 April 2009


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
islam itu indah... islam itu kedamaian...

islam itu anugerah...

bersyukurlah atas anugerahNYA...

untuk membuktikannya...

beramallah kerana Allah...

dengan amal islami...maka,

terpancarlah sinarNya...

firman Allah swt. yang bermaksud:

"demi sesungguhnya, adalah bagi kamu itu

Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,

iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan

(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari

akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati

Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan

senang)." - surah Al-Ahzaab